Friday 2 December 2011

Puasa Asyura dan Tasu'

Puasa ‘Asyura dan Tasu’

Puasa hari ‘Asyura ialah puasa hari kesepuluh pada bulan Muharam dan puasa Tasu’ ialah puasa pada hari kesembilan bulan Muharam. Dalil disunatkan berpuasa pada kedua hari tersebut ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh.”

Hikmah disunatkan berpuasa hari Tasu’ disamping ‘Asyura ialah untuk ihtiyat (berjaga-jaga) bimbang berlakunya kesilapan pada menetapkan awal bulan dan untuk membezakan diri dengan orang Yahudi kerana mereka hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja. Oleh itu, disunatkan bagi orang yang tidak berpuasa Tasu’, untuk berpuasa  ‘Asyura dan berpuasa  pada hari yang kesebelas.

Wednesday 23 November 2011

mencorak masa depan anak

didik anak jadi penyanyi, rugi..
sebab, kat akhirat esok takut2 dia tarik kita masuk neraka..

didik anak jadi hafiz, untung..
sebab nanti kat akhirat, dia boleh tarik kita masuk syurga

didik anak jadi da'ie, lagi untung...
sebab nanti kat akhirat, dia bukan sahaja boleh tarik kita masuk syurga..tapi dia boleh tarik sebanyak mana manusia yg dia nak selamatkan drpd azab api neraka....insyaAllah ;)



sumber:AnakkuSoleh.com

Friday 4 November 2011

selamat hari raya aidil adha

             Selamat hari raya aidiladha buat semua..semoga amalan2 di bulan zulhijjah ini    diterima..jgn lupa puasa sunat esok..

                         Puasa Hari Arafah
Puasa hari Arafah disunatkan kepada orang-orang yang tidak menunaikan haji (bukan   jemaah haji). Tarikhnya ialah pada 9 Zulhijjah.

Daripada Abu Qatadah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa Arafah. Sabda Baginda yang bermaksud:  “ Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.” ( Riwayat Muslim )

Pembuka bicara

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah..saya memulakan bicara didalam blog yg masih dlm pembinaan ni.semoga penulisan dlm blog ini akan memberi manfaat terutama kpd dr saya sendiri,suami,anak,keluarga tercinta dan semua yg membacanya...

alhamdulillah berjaya juga utk create blog wlupun x berapa pandai mengatur ayat yg menarik,tak pandai nk touch up cantik2.alhamdulillah juga dgn sokongan suami tercinta, timbul minat utk menulis blog semata2 utk berkongsi ilmu2 yg sedikit.mudahan2 usaha ini dipermudahkan Allah, diberkati dan ada manfaatnya buat semua. 

dulu dh pernah buat, tp tersimpan begitu shj sehingga akhirnya lupa begitu shj...mg yg ini akan berkekalan selagi mana diri ini mempunyai kemampuan utk berkongsi.segala teguran, perkongsian dari semua yg membaca blog ini sgt diharapkan..