Friday 2 December 2011

Puasa Asyura dan Tasu'

Puasa ‘Asyura dan Tasu’

Puasa hari ‘Asyura ialah puasa hari kesepuluh pada bulan Muharam dan puasa Tasu’ ialah puasa pada hari kesembilan bulan Muharam. Dalil disunatkan berpuasa pada kedua hari tersebut ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalaulah aku masih hidup hingga ke tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh.”

Hikmah disunatkan berpuasa hari Tasu’ disamping ‘Asyura ialah untuk ihtiyat (berjaga-jaga) bimbang berlakunya kesilapan pada menetapkan awal bulan dan untuk membezakan diri dengan orang Yahudi kerana mereka hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja. Oleh itu, disunatkan bagi orang yang tidak berpuasa Tasu’, untuk berpuasa  ‘Asyura dan berpuasa  pada hari yang kesebelas.