Tuesday 22 November 2016

BUKU KANAK-KANAK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan umur yang panjang, bangun pagi masih dapat bernafas. Semoga setiap detik masa yang Allah kurniakan dapat digunakan dalam keberkatanNya.

Dalam kesibukan mengemas nak pindah, harap dapat lagi berkongsi buku-buku menarik khusus untuk anak-anak sempena cuti sekolah akan datang.

jom tengok buku menarik ni







Semua buku di atas ni RM5.00 setiap satu.










SIRI 101 INFO harga RM9.50. tapi ada diskaun. Kalau nak tahu diskaun, boleh whatsApp owner tijarahmuslim Puan Hasnah, 0199032158.


Wednesday 9 November 2016

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA ISLAM MAIWP 2016

Alhamdulillah.

Segala pujian milik Allah, segala kejayaan, segala kegembiraan
dikembalikan kepada Allah.
Allah Pemilik segalanya. Segalanya milik Allah, tiada milik kita.

Cerita semalam, 8 november 2016.

Majlis Konvokesyen Tadika islam Maiwp Zon Titiwangsa.

Sampai-sampai dewan majlis dah mula. Tercari-cari anakanda hud solihin.
Tiba-tiba cikgu datang menyapa, " puan,hud ada di depan. Dia dapat anugerah tokoh. Puan pergilah depan, ambil gambar dia".

Terus ajak suami pergi depan. Ramaii. Tunggu giliran hud naik ke pentas.

Mula-mula penyampaian untuk anugerah pintar iqra' (tak pasti sangat nama anugerah ni), kemudian anugerah kokurikulum. Solehah dah tanya, "mana hud ka, tak naik pun"..

Habis dua anugerah, mc umumkan penyampaian untuk TOKOH MURID TADIKA ISLAM MAIWP, nama anakanda Muhammad Hud Solihin disebut untuk Tadika Islam Al-Azim.

Berlinang airmata mak. Tak sangka sangat.Allahu Akbar.

Seminggu awal persekolahan, bermacam adegan telah terjadi. Panjat grill, cikgu tutup pintu kelas, mak menangis dalam kereta, bapak curi-curi balik.. Tidak putus doa dan harapan. Allah balas dengan kejayaan.

Berjumpa dengan cikgu sebelum balik. Cikgu bagitahu, "dia layak untuk semua anugerah,tapi kena pilih satu je. Dia terpilih untuk tokoh"..

Pesan pada hud, ini bukan kejayaan sebenar. Kejayaan sebenar adalah di SANA nanti. Dan yang penting, akhlak yang baik seiring dengan ilmu yang ada.

Semoga Allah pelihara, bimbing,pimpin hud dan solehah dengan segala kebaikan. Dan jauhkan dari segala kemungkaran, dosa dan maksiat.

Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami.





Thursday 3 November 2016

Assalamualaikum.

Salam jumaat al-mubarak.


Alhamdulillah di atas pinjaman usia yang masih diberi Allah.

Semoga setiap detik waktu dapat digunakan untuk taqarrubkan diri kepada Allah.

Tidak sangka, usia blog ini sudah mencapai 5 tahun.


Namun, masih mentah, masih kosong tidak berisi, tiada perkongsian.


Setiap hari ada keinginan untuk menulis, mencoret sesuatu yang bermanfaat buat diri sendiri,tatapan anak-anak, serta sesiapa yang membaca.


Moga Allah ilhamkan idea-idea, gerakkan jari-jari ini memberi input, ilmu untuk dikongsi bersama.


Menulis untuk ilmu, berkongsi, meraih pahala bersama.