Wednesday 21 October 2015

Produk pendidikan dan makanan sunnah

Antara produk yang terdapat di tijarah muslim

Bicara selepas 2 tahun

Assalamualaikum.

Salam 9 muharam. Apa khabar semua? Tanpa disedari dah lebih 2 tahun saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Lamanya. Bilangan ahli keluarga pun dari tiga dah bertambah 4. Anakanda kedua saya nurul huda solehah sudah pun berusia 2 tahun 3 bulan.

Apa pun, syukur alhamdulillah..kerana Allah masih mengurniakan usia yang panjang. Moga pinjaman usia ini dibawah rahmat Allah dan diteruskan dengan kebaikan serta kebajikan. 

Dalam tempoh dua tahun, macam-macam peristiwa telah berlaku. Antaranya:

1. Saya dah berhenti kerja.
2. Kelahiran nurul huda solehah.
3. Pertambahan dan pengurangan  ahli keluarga.
4. Daftar perniagaan Tijarah Muslim.

Dan macam-macam lagi la. Banyak sangat kalau nak cerita sini. 

Alhamdulillah, perniagaan tijarah muslim mula menambah berkembang dari jualan buku kanak-kanak, ditambah jualan makanan sunnah, jualan kain pasang dan beberapa lagi produk.

Saya dan suami bercita-cita menjadikan Tijarah Muslim sebagai one stop muslim center. Menyediakan pelbagai keperluan muslim dan ada banyak cawangan. Moga Allah kabulkan impian ini, dan kabulkan impian semua yang membaca ini.

Musim jerebu ni, sama-sama lah jaga kesihatan,kebersihan. Tubuh sihat,mudah beribadah.

Ok, jumpa lagi di lain ketika.
Esok puasa lagi.

Nak godek-godek buku kanak-kanak, educational toys, boleh buka page Baiti Jannati Online Shop di facebook.