Wednesday 19 September 2012

MASA BERLALU PANTAS

alhamdulillah..hari ni 19 sept 2012 bersamaan 3 Zulkaedah..cepat sangat masa berlalu..sekejap sahaja ramadhan dan syawal berlalu pergi..sedar2 skrg dh masuk zulkaedah..tak lama lagi raya haji pula..

di dalam kepantasan masa yang berlalu, banyak perkara manis dan pahit mengiringi perjalanan hidup kita..banyak perkara yang berlaku di setiap tempat dan masa.

20 ogos 2012 bersamaan 2 syawal 1433h, alhamdulillah adik saya khairunnisa binti hosman dan pasangannya Muhammad bin Yusof selamat diijab kabul..jd suami isteri dah ye..mg bahagia hingga ke syurga abadi..
alhamdulillah, tarikh keramat 6 syawal kembali lg..tarikh saya dan suami diijab kabulkan..alhamdulillah segala pujian dan syukur pd Allah kerana memanjangkan jodoh kami..alhamdulillah kerana mengurniakan saya seorang suami yang soleh, penyayang dan menjadi bapa yang baik buat anak saya..Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanMu..ka..sayang cintakan ka...

habis-habis syawal, bila balik kampung, banyak berita2 gembira yang sampai..sepupu2 saya 3 orang disahkan mengandung..seronoknya..saya terlalu gembira dengan berita tersebut..dan dalam masa yang sama saya juga berdoa dan berharap saya juga termasuk dalam kategori mereka..insyaAllah..segala pd pengetahuan Allah...halijah pula selamat melahirkan seorang putera..tahniah halijah dan mone ka..

di dalam kegembiraan tersebut, ada juga berita2 pemergiaan insan2 terdekat. mg2 roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t..semoga setiap perjalanan hidup ini dalam rahmat dan pemeliharaan Allah..

anak saya Muhammad Hud Solihin semakin petah berbicara..tapi semua bicaranya dalam bahasa Melayu..udah mcm cikgu bahasa melayu bila bercakap..siap ada kata hubung 'yang'..pandainya anak mak..berkat tahnik dengan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.mg hud jd anak yang soleh..makwapa saaayaang sangat kat hud..