Wednesday 10 October 2012

DISEBALIK UJIAN ITU..

Assalamualaikum semua..apa kabar semua?smg dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah..alhamdulillah kita semua masih diberi nyawa, usia yang panjang..masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi barakah ini..mg kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur..

ada kisah sedih..kisah gembira yang berlaku sekeliling kita..dan semua itu adalah tanda kasih sayang Allah..dan semua itu juga merupakan ujian dari Allah..di pejabat sahaja dalam beberapa minggu kebelakangan ini 2 orang staff menerima berita kehilangan insan tersayang..ust omar KPM kehilangan arwah isteri tercinta pada 3 oktober..7 oktober pula ustazah faizah kehilangan bonda tercinta..smg ust omar dan faizah sekeluarga diberi kekuatan oleh Allah s.w.t...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik..

dan saya pula..semenjak bergelar ibu..hati sangat cepat tersentuh apabila melihat anak2 kecik yang sakit..dan apabila saya tahu kisah mereka memang saya akan ikuti perkembangan mereka...sekarang ni setiap hari saya mesti akan buka kisah adik Ahmad Adam Syukri..ya Allah, sedihnya hati melihat penderitaan adik adam hanya Engkau yang tahu..saya juga ceritakan tentang adik adam pada anak saya Muhammad Hud Solihin..alhamdulillah..hud selalu doakan adik adam..mg Allah kabulkan doa hud..kalau saya orang yang tiada apa hubungan dengan adam rasa macam tu..bagaimana pula perasaan mama adam..tapi mama dia sangat kuat..kuat sgt2..bila tgk cara mama adam jaga adam, saya selalu fikir..andai ditakdirkan saya ditempat mama adam..boleh ke saya sekuat itu..???...Allah sahaja yang tahu segalanya..dan Allah tidak akan menguji hambaNya luar dari kemampuannya..

melihat penderitaan adam dan beberapa kisah anak2 istimewa, ahli syurga yang pernah saya ikuti sebelum ini, saya terfikir..'dimanakah orang2 kaya yang ada di malaysia ni...tak nak ke orang2 kaya ni tolong mereka yang memerlukan tu..?'...kalau kisah2 mereka tidak diwarwar2kan tidak mengapa..tapi kisah mereka dah siap masuk berita..malaysia hari ini..keluar paper, tetapi kenapa mereka2 yang kaya, yang banyak duit ni tak bermurah hati nak hulurkan bantuan..??..kenapa??..sedih rasanya..

andai takdir Allah menjadikan saya seorang yang berada, saya doa moga saya sentiasa bermurah hati untuk membantu mereka..saya juga doa Allah murahkan rezeki ke atas saya sekeluarga agar saya dapat membantu mereka2 yang memerlukan...

"Ya Allah..Engkau Yang Maha Pemurah..Maha Mengasihani..Engkau Yang Mengatur segala kejadian hambaMu..Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala urusan kami..Engkau ringankanlah ujian2 yang Engkau berikan pada hamba2Mu...Engkau Maha Mendengar doa2 kami..amin Ya Rabbal Alamin.."

Wednesday 19 September 2012

MASA BERLALU PANTAS

alhamdulillah..hari ni 19 sept 2012 bersamaan 3 Zulkaedah..cepat sangat masa berlalu..sekejap sahaja ramadhan dan syawal berlalu pergi..sedar2 skrg dh masuk zulkaedah..tak lama lagi raya haji pula..

di dalam kepantasan masa yang berlalu, banyak perkara manis dan pahit mengiringi perjalanan hidup kita..banyak perkara yang berlaku di setiap tempat dan masa.

20 ogos 2012 bersamaan 2 syawal 1433h, alhamdulillah adik saya khairunnisa binti hosman dan pasangannya Muhammad bin Yusof selamat diijab kabul..jd suami isteri dah ye..mg bahagia hingga ke syurga abadi..
alhamdulillah, tarikh keramat 6 syawal kembali lg..tarikh saya dan suami diijab kabulkan..alhamdulillah segala pujian dan syukur pd Allah kerana memanjangkan jodoh kami..alhamdulillah kerana mengurniakan saya seorang suami yang soleh, penyayang dan menjadi bapa yang baik buat anak saya..Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanMu..ka..sayang cintakan ka...

habis-habis syawal, bila balik kampung, banyak berita2 gembira yang sampai..sepupu2 saya 3 orang disahkan mengandung..seronoknya..saya terlalu gembira dengan berita tersebut..dan dalam masa yang sama saya juga berdoa dan berharap saya juga termasuk dalam kategori mereka..insyaAllah..segala pd pengetahuan Allah...halijah pula selamat melahirkan seorang putera..tahniah halijah dan mone ka..

di dalam kegembiraan tersebut, ada juga berita2 pemergiaan insan2 terdekat. mg2 roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t..semoga setiap perjalanan hidup ini dalam rahmat dan pemeliharaan Allah..

anak saya Muhammad Hud Solihin semakin petah berbicara..tapi semua bicaranya dalam bahasa Melayu..udah mcm cikgu bahasa melayu bila bercakap..siap ada kata hubung 'yang'..pandainya anak mak..berkat tahnik dengan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.mg hud jd anak yang soleh..makwapa saaayaang sangat kat hud..

Tuesday 19 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah..hari ini 19 jun 2012 bersamaan 29 rejab 1433H, genap usia Muhammad Hud Solihin bin Seithali 2 tahun..semoga anakanda makwapa ni dipanjangkan umur oleh Allah swt, membesar menjadi anak soleh, menjadi permata bernilai, harta berharga utk makwapa di sana kelak..makwapa sayang hud kuddi..impian makwapa semoga hud menjadi seorang hafiz satu masa nnti..andai dikurniakan adik, mg hud menjadi abang yg baik, yg blh memimpin..harapan makwapa, hud menjadi seorang pemimpin islam..semalam mak terjaga jam 3.23 pagi..seronok sgt..mak tunggu 3.26 pagi utk memberi kucupan istimewa buat muhammad hud solihin sbb hud lahir pd jam 3.26 pg, 19 jun 2010..mg setiap langkah gerak anakanda dalam pemeliharaan Allah sentiasa..

Friday 18 May 2012

Kasih Ibu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.,,,Ya Allah, kami bersyukur di atas setiap kurniaanMu ya Allah..

Hari ni saya berita ttg Lacey Buchanan...seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak yang sangat istimewa...minggu lepas saya dapat lihat videonya shj..tp tak habis video tu kerana line internet yg agak semput..alhamdulillah, hari ni saya dapat tgk video Lacey Buchanan menceritakan ttg anaknya yg disayangi dan sgt istimewa..saya kongsikan kisah ni sbb saya rasa istimewa sgt..walaupun dia bukan seorang Islam..tapi naluri,kasih sayang seorang ibu padanya sgt tinggi..apa yg baik padanya dapat kita ambil pengajaran bersama..saya juga dapat link blognya..yg dibuat khusus utk anak yg disayangi..walaupun blog dlm bahasa inggeris,yg saya pun x berapa nk faham..tp x tau knp.bila baca blog dia, mengalir air mata ni..teringat kat my hero Muhammad Hud Solihin..rasa nk balik peluk hud...aduiii..dah la kat pjbt ni..biarlah ye..mmg menyentuh hati seorang ibu sbb dia letak gambar anaknya dr dilahirkan iaitu sebelum menjalani pembedahan sehinggalah skrg..alhamdulillah anak dia dah semakin baik...so, sape2 yg nk baca kisah dia..siap2kan la tisu yea...mmg menyentuh hati seorang ibu..moga kita yg diberi Allah sgl mcm nikmat ni, bersyukur dan menghargai segala, setiap apa yg ada disekeliling kita..dan smg kita menjadi ibu dan ayah yg terbaik utk anak2 kita..saya saaayaaang sgt anak saya...dan saya saaaayaaaang sgt mak dan wapa yg telah melahir,membesar dan mendidik saya....

ni adalah berita ttg Lacey Buchanan dan anaknya Christian...

yang ini pulak blog lacey...

yang ni pulak video lacey ttg kisah suka duka anaknya...

yg baik jdkan pengajaran...mg Allah merahmati kita semua..dan satu doa saya smg pasangan ini mendapat hidayah dan memeluk agama islam satu hari nnti...

Tuesday 15 May 2012

peperiksaan undang-undang kerajaan

Assalamualaikum..

InsyaAllah pada 21 mei 2012 dan 22 mei 2012 saya akan menduduki peperiksaan undang-undang kerajaan bagi tujuan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam ni..ada dua bahagian iaitu 5102A dan 5102B..doakan smg saya dapat menjawab kedua2 paper ni dgn baik..harap2 nya xde la kena ngulang...

Wednesday 18 January 2012

BROTHERS PAINTBALL: TAWARAN KEPADA SEMUA PEMINAT SUKAN PAINTBALL

BROTHERS PAINTBALL: TAWARAN KEPADA SEMUA PEMINAT SUKAN PAINTBALL: BROTHERS PAINTBALL CT0005474-K LOT 1161, JALAN BENTONG – RAUB, LURAH BILUT, 28800 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR TEL: 019-9520498/ 016-9...